Selasa, 3 November 2009

Sekitar Rumah Terbuka Abg Joe

TAKKAN BERDUA JERRRRRRRRRR

PEACE NO WAR................;P
SAMBIL MAKAN..........SAMBIL TENGOK T.V.

SEDAP MAKAN BANG...............

POSE ISTIMEWA................

Ahad, 6 September 2009

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Jumaat, 4 September 2009

KEMERIAHAN AIDILFITRI SEMAKIN TERASA


ZUL NAYOUN SEDANG MEMASANG LAMPU LIP LAP.....
ARAS 1 DAH BUAT PERSIAPAN....TEMPAT KORANG BILA LAGI???


Rabu, 2 September 2009

SALAM LEBARAN DARI PERANTAUAN



Asmekum....Salam Perantau dari saya yg kini berada di Anfield...Semoga Kedatangan Aidifitri tahun ini, dapat disambut dgn gembira.Ampun maaf buat keluarga, sahabat dan semua yg mengenali diri ini..

Salam dari Anfield, Liverpool..
Zul Nayoun


GENG BUAYA @ BANGI PART 2

YEZZA................GENG BUAYA ZAZZZZZZZZZZZ

BILA DAH KENYANG..........JANGAN LUPA SOLAT

MAKAN ADI .................JANGAN TAK MAKAN

PEACE ADILA PEACE

GAYA SEORANG KAPITAN........

GENG BUAYA @ BANGI PART 1

MAKAN SAMBIL SENGIH OLEH HASLI (EX-BUAYA)

KENAPA KORANG TERNGANGA

ADILA & FRIEND'S

TAKKAN DAH SUDAH....................

GAYA SEORANG KSN KERANI.................




Isnin, 31 Ogos 2009

MOH KITER BUKE POSE

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pe Kabor Geng-Geng Buaya Semua, arap komer semua chatler endaknyerr...

Ahaaa....minggu nie teman nak kabor kat semua....Buaya Kelab nak buat majlis berbuka posa dengan korang semua...tempat dah pilih dah...hargapun kira ok-ok laaa...arap komer semua sudi2lah join Buaya Kelab berbuka posa nie ek....nie kat bawah nie teman senaraikan nama2 yg nak g berbuka posa sok ari...

Tempat : Village View Restaurant Bangi (berhadapan Shell)

Tarikh : 020909 (Rabu/Wednesday)

Masa : Dengar azan maghrib (bukan suboh, bukan zohor bukan asar) jer kita buka hehehehehe

Pembaca Doa : Fharehan (Buaya Penganjur)

Duit akan dikutip oleh Fharehan sendiri (Buaya Penganjur) yang akan datang ke tempat korang mulai petang nie jam 2.00 ptg. Harga dalam RM 15- RM20 satu kepala..lagi byk kepala lagi byk ler duit korang kena bagi kat fharehan hehehehehe...Transport sendiri..lau korang takder transport...hubungi buaya penganjur..dia akan uruskan....konsep keter penuh...jalan....jumpa di sanaaaaaaaa.......

1. nana
2.rosmarina
3.Nuha -fuat
4.rozaidi
5.Eeta
6.Huzairi
7.Zaharuddin
8.Nurul Adilla
9.Fharehan
10.Darul azuan
11.Poji-pijot
12.Bolok-ju
13.Rashdan
14.ida-fas
15.Pinie
16.Firdaus
17.Zolkarnain
18. Wan Nabila
19.hasli (EX-Buaya)

e2 jer...yg penat menaip,

P/S : Surau ada disediakan di sana...sila bawa kelengkapan untuk solat...TQ

INFO SIHAT : KANSER (BARAH)

Apa itu barah?

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang terdekat. Kadangkala sel barah yang terpisah dari tempat asal (primer) ketumbuhan boleh bergerak dan merebak ke organ yang lain.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN



Assalamualaikum....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

Bersyukur kepada Allah kerana kita lahir & hidup pada zaman selepas merdeka. Sesungguhnya kita perlu mengenang perjuangan orang terdahulu yang bersusah payah untuk memerdekakan negara yang kita sayangi ini. kita janganlah lupa dan lalai supaya kemerdekaan negara kita berkekalan selamanya

Khamis, 27 Ogos 2009

BERBUKA PUASA GENG BUAYA KELAB

Assalamualaikum,

Geng Buaya Kelab akan menganjurkan Berbuka Puasa tempat dan Hari seperti berikut:

Tempat : VILLAGE VIEW RESTAURANT

Hari : Rabu ( 2 September 2009)

Masa : 7.00 malam

Sesiapa yang berkesempatan untuk join same sila hubungi Fharehan ( Setiauasaha Kerja Buaya) di talian 012-2459781

Rabu, 26 Ogos 2009

Taman Negara Merapoh

Tengok Ikan Kelah guna google

melepaskan penat........ selepas kembara

bergambar di depan signboard Taman Negara

Sebelum Kembara ke Gua Gajah
Masa ni Kursus Team Building Anjuran Bahagian Perkhidmatan, di Taman Negara Merapoh




Isnin, 24 Ogos 2009

Taman Negara

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan/Puan,

Ahaaaaaaaaaaaaaaaaa...........Buaya Kelab datang lagi......komer dah kayer kan ariniee....maklumler gaji dah masukkan hehehhe..selain dari komer kene bayar duit kutu, duit kueh raya dan hutang yg laen,,...komer semua kener ingat yg arini Buaya Kelab akan kutip wit pendahuluan sebanyak RM50.

Duit ini akan secara tidak langsung adalah sebagai wang 'kompem' untuk memasukkan nama komer dalam senarai yang akan ke "Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Lau komer nak bayor sok pun takper...yg penting komer bayor ekk...

Aktiviti nie akan terhad kepada 35 orang sahaja....jadi saper cepat dia dapat ekk..lau yg bawak pasangan tue...bayor RM100 la ek...bukan RM50 kongsi dua oghang...hehehehe..

ok la semua....Buaya Kelab mengucapkan "Selamat Berbuka Posa" k...

Ora Et Labora...
(Lama teman tak guna ayat nie)


Darul Azuan........

Kenangan Belajar Di Morocco

Depan Dari Kiri : Rosli, Joe , CC Leman
Tengah Dari Kiri : Zulaimi, Azizi (Imam), Din Buaye, Rashdan
Belakang dari Kiri : Asan_slam, Nuar

Kelebihan Ramadan


Mengenai kelebihan bulan Ramadan, terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentangnya. Antaranya: "Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Apabila seseorang hamba berpuasa pada permulaan bulan Ramadan, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadan berikutnya. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat dari emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70,000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingga tenggelam matahari".
Bulan Ramadan dikenali dengan 'bulan kesabaran'. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kurangnya pahala puasanya.
Rasulullah SAW sendiri menamakan bulan Ramadan dengan bulan kesabaran. Dalam satu hadis dari Salman r.a yang diriwayatkan oleh Khuzaimah di dalam Sohihnya bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga."
Menurut pendapat cendekiawan Islam, sabar boleh dibahagi kepada tiga:
lPertama: Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.
lKedua: Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
lKetiga: Sabar dalam menerima takdir Allah SWT yang perit dan menyakitkan.
Kesemua jenis sabar ini terangkum di dalam ibadah puasa, kerana mereka yang berpuasa perlu bersabar dalam mentaati perintah Allah SWT, bersabar meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah iaitu kehendak syahwat dan bersabar menghadapi keperitan rasa lapar, dahaga dan lemah badan kerana melakukan ibadah puasa.
Ramadan juga adalah bulan digandakan amalan kebaikan yang dilakukan. Abu Bakar ibn Abi Maryam r.a berkata daripada sheikh-sheikhnya, bahawa mereka berkata: "Apabila tiba bulan Ramadan, maka hendaklah kamu meluaskan nafkah pada bulan tersebut, kerana memberi nafkah pada bulan tersebut digandakan pahalanya seperti memberi nafkah pada jalan Allah dan sekali bertasbih pada bulan tersebut lebih afdal daripada seribu tasbih pada bulan yang lain. Satu solat yang dikerjakan pada bulan Ramadan lebih afdal daripada seribu rakaat solat yang dikerjakan pada bulan yang lain".
Ramadan adalah bulan yang digandakan segala amal kebaikan. Allah SWT menggandakan ganjaran amalan berpuasa melebihi amalan-amalan yang lain. Maka berpuasa di bulan Ramadan sudah tentu menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding puasa pada bulan lain. Inilah antara kesan kemuliaan bulan Ramadan dan puasa Ramadan yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya.
Ibadah puasa merupakan suatu kefardhuan yang jami', (komprehensif dan merangkumi ibadah-ibadah yang lain) dan ibadah yang kamil (sempurna dan lengkap) kerana melalui puasa seseoraang mampu mengenal kemanisan iman dan ihsan. Intipatinya ialah hati dan roh.
Tujuannya supaya orang yang berpuasa dapat menghayati dan merasai kehidupan golongan soleh yang telah berjaya menyucikan jiwa dan raga, orang-orang yang luhur dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, tidak melakukan kefasiqan, perbalahan, kemaksiatan zahir dan batin.
Ibadah puasa juga merupakan suatu amalan simbolik, menjadi rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya. Lantaran itu, orang yang berpuasa diberi keistimewaan Allah SWT memilih dari senarai carta ibadah-ibadah yang lain untuk disimpan di dalam perbendaharaannya sebagai jaminan untuk dipersilakan masuk ke syurga dan layak bertemu dengan-Nya.
Rasulullah SAW h mengungkapkan dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Tuhan-Nya yang bermaksud: "Semua amalan anak Adam adalah bagi dirinya melainkan puasa. Ia adalah bagi-Ku dan Akulah yang membalasnya".
Kerana Allah
Ramai kalangan ahli fikah, ahli sufi dan ulama yang lain membahaskan makna hadis ini dengan lebih terperinci. Di antara huraian mereka yang ialah :
Pertama: Seseorang yang berpuasa akan meninggalkan segala lintasan dan keinginan nafsunya semata-mata kerana Allah SWT. Jika diteliti, perkara demikian tidak terdapat pada ibadah yang lain melainkan di dalam puasa.
Misalnya, bagi seseorang yang solat terpaksa meninggalkan keinginan syahwatnya termasuk makan dan minum, namun masanya tidak panjang seperti masa berpuasa. Malah, orang yang hendak mengerjakan solat, makruh mengerjakan solat dalam keadaan dirinya berkeinginan untuk makan.
Oleh itu, disuruh mendahulukan makan daripada solat. Berbeza keadaannya bagi orang yang berpuasa. Dia perlu menahan nafsunya dan keletihan berpuasa sepanjang waktu siang. Bahkan sesetengah negara, ia terpaksa menahan dahaga dan lapar dalam cuaca yang amat panas atau sejuk.
Sekalipun orang yang berpuasa kadang-kala terlalu berkeinginan untuk mendapatkan apa yang diinginkan oleh nafsunya, tetap juga ditinggalkan semata-mata kerana Allah, walaupun perkara tersebut boleh didapati atau dilakukan di tempat yang tidak diketahui oleh seorang manusia pun.
Ini menunjukan tanda keimanannya yang sahih dan benar. Orang yang berpuasa mengetahui bahawa Allah sentiasa melihat perbuatannya, sekali pun ketika berada di tempat yang tersorok atau tersembunyi. Lantaran itu, Allah berfirman selepas itu, maksudnya: "Sesungguhnya dia meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku".
Sebahagian salafussoleh berkata: "Berbahagialah orang-orang yang meninggalkan syahwatnya kerana suatu janji ghaib yang tidak dapat dilihatnya".
Apabila seseorang mukmin yang berpuasa itu yakin bahawa Allah meredainya ketika dia meninggalkan syahwatnya demi keredaan Tuhannya, maka dia beroleh kelazatan dengan meninggalkan nafsu syahwatnya lantaran keimanan dan keyakinannya itu. Dia memandang bahawa pahala atau azab yang bakal diperolehinya adalah lebih besar daripada kelazatan tidak berpuasa yang tidak dilihat oleh orang lain. Bahkan, bagi sesetengahnya kebencian melakukan perbuatan yang dimurkai Allah tersebut adalah lebih besar daripada ketakutan terhadap azab seksa akhirat akibat tidak berpuasa.
Oleh kerana inilah, kebanyakan orang yang beriman, sekali pun mungkin terlintas membatalkan puasa Ramadan tanpa sebarang keuzuran, tidak akan melakukannya. Sebabnya, mereka mengetahui bahawa Allah SWT akan murka terhadapnya sekiranya dia berbuka. Inilah tanda keimanan seseorang mukmin.
Maka kelazatannya berpindah kepada perkara yang diredai Allah SWT sekalipun perkara tersebut bertentangan dengan kehendak nafsunya. Malah dia berasa perit untuk melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah, sekali pun perkara itu cocok dengan kehendak syahwatnya.
Kedua: Puasa juga adalah rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhannya. Ia tidak dapat dilihat atau ditinjau oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Sehingga dikatakan bahawa amalan puasa tidak dicatat oleh Malaikat Hafazah (pencatat amalan).
Demikianlah sekelumit kecil daripada kebesaran dan kemuliaan Ramadan yang melayakkannya dianggap sebagai Tamu Agung yang datang berkunjung. Wajiblah bagi kita menyambut, melayan dan menunaikan segala hak tetamu istimewa ini, yang belum tentu akan datang berkunjung lagi dalam hidup kita, dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!

SEMARAK ANAK BUAYE KE AIR TERJUN ULU YAM PART 2






























Assalamualaikum!!

Projek Pertama 'Program Anak-Anak Buaye ke Air Terjun Ulu Yam' pada Bulan Julai Aritu...haribulan tak ingat laa pulak................

Ahad, 23 Ogos 2009

SEMARAK ANAK BUAYA KE AIR TERJUN ULU YAM

DARUL SEDANG MEMASAK..YANG LAIN JADI MANDUR

ABON DENGAN POJI

DARUL (KAPITAN BUAYA)....KATENYE CITA-CITA DULU NAK JADI BAYWATCH

IJAN DENGAN 'POST' ISTIMEWA

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadan

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan

Sambutlah Ramadhan dengan hati terbuka
Seperti kita menyambut kehadiran orang yang kita cinta

Selamat Menyambut Kehadiran Bulan Ramadhan
Semoga di akhir Ramadhan kita beroleh TAQWA, InsyaAllah